SELAMAT DATANG

Kundas Ana makanan tradisi zaman-berzaman orang Perak.

Thursday, November 8, 2012

Kundas..Ikon Padang Rengas

Assalamualaikum.
 

Hari ini saya ingin berkongsi cerita apa itu Kundas? Kundas merupakan sejenis kuih yang digoreng dan enak dimakan pada waktu pagi dan petang. Sesuai untuk dijadikan juadah istimewa untuk ahli keluarga anda. Rasanya sungguh lembut di dalam dan rangup di luar serta rasanya lemak manis. Kundas lebih sedap dicicah bersama kuah kacang yang istimewa. Pelbagai gelaran yang diberikan kepada kuih ini seperti 'Cucur kembung','Cakoi', 'Roti bom' dan sebagainya. Apapun nama atau gelarannya, Kundas sering menjadi rebutan ramai. Di Padang Rengas, kundas tidak asing lagi di kalangan penduduk kampung. Bertanyalah pada setiap penduduk kampung, pasti mereka pernah merasai keenakan kuih kundas ini. Bagi mereka, tidak lengkap rasanya datang ke Padang Rengas tanpa menjamu kuih ini. Seakan-akan kuih Kundas ini menjadi ikon makanan di Padang Rengas. Jadi, sekiranya anda berkunjung ke Padang Rengas, Perak pastikan anda dapatkan kuih Kundas ini. Barulah kedatangan anda menjadi lebih bermakna.

No comments:

Post a Comment