SELAMAT DATANG

Kundas Ana makanan tradisi zaman-berzaman orang Perak.

Saturday, November 17, 2012

Tahun Melawat Perak 2012

Assalamualaikum semua,
Sempena Tahun Melawat Perak 2012, kami sangat-sangat mengalu-alukan kedatangan semua untuk berkunjung ke tempat-tempat yang menarik di Perak. Perak merupakan sebuah negeri yang cukup besar dan mempunyai tempat-tempat yang menarik untuk dilawati seperti Menara Bercondong di Teluk Intan, Pulau Pangkor,  Teluk Batik, Gua Helang di Ipoh, Lost World of Tambun, Masjid Ubudiah, Kilang Labu Sayong, Istana Kuning di Kuala Kangsar, Masjid Ihsaniah Iskandariah, Laksa, dan Kundas di Padang Rengas. Untuk mengetahui tentang perlancongan di Padang Rengas sila klik link ini Melancong di Padang Rengas. Anda juga boleh layari website ini untuk mengetahui tempat-tempat menarik di negeri Perak http://visitperak.my/
Kundas di Padang Rengas

Labu Sayong

Masjid Ihsaniah Iskandariah

Istana Kuning

Lost World of Tambun Ipoh

Masjid Ubudiah



Thursday, November 15, 2012

Khasiat dan Kelebihan Kundas

Assalamualaikum.

Saya ingin berkongsi tentang kelebihan dan khasiat yang terdapat dalam sebiji kundas yang anda makan. Haa, jangan tak tahu, kundas pun ada khasiatnya juga. Kundas yang diperbuat daripada tepung gandum penuh, telur, dan minyak sawit mengandungi vitamin dan garam mineral yang diperlukan badan kita. Antara khasiat Kundas adalah:

  • Karbohidrat- Tepung gandum mempunyai karbohidrat yang tinggi yang mampu memberikan tenaga secukupnya untuk anda bekerja sepanjang hari.  Kita disyorkan untuk mengambil 50 hingga 60 peratus daripada jumlah pengambilan tenaga dalam bentuk karbohidrat kompleks supaya kita boleh menyimpan tenaga yang mencukupi dalam tubuh untuk aktiviti harian kita. Otak juga memerlukan karbohidrat untuk berfungsi. . Jadi anda akan lebih bertenaga selepas makan sebiji kuih kundas!
  • Minyak sawit -  Mempunyai Vitamin E dan menghasilkan tenaga untuk badan anda
  • Protein  - Telur mengandungi protein dan garam galian yang cukup tinggi seperti Vitamin A, Asid Folik, Vitamin B12, Kolina, Vitamin D. 
    • Vitamin A - menghasilkan rambut yang sihat dan penglihatan yang baik serta mengelakkan degenerasi mata.
    • Vitamin B12 - Mempertingkatkan pembentukan sel-sel baru dalam badan. membantu fungsi otak dan menghalang penyakit Alzheimer.
    • Asid Folik -  Baik untuk perkembangan bayi di dalam kandungan.
    • Vitamin D - Penting untuk tulang
    • Kolina - Membantu perkembangan awal kanak-kanak.














Thursday, November 8, 2012

Kundas..Ikon Padang Rengas

Assalamualaikum.
 

Hari ini saya ingin berkongsi cerita apa itu Kundas? Kundas merupakan sejenis kuih yang digoreng dan enak dimakan pada waktu pagi dan petang. Sesuai untuk dijadikan juadah istimewa untuk ahli keluarga anda. Rasanya sungguh lembut di dalam dan rangup di luar serta rasanya lemak manis. Kundas lebih sedap dicicah bersama kuah kacang yang istimewa. Pelbagai gelaran yang diberikan kepada kuih ini seperti 'Cucur kembung','Cakoi', 'Roti bom' dan sebagainya. Apapun nama atau gelarannya, Kundas sering menjadi rebutan ramai. Di Padang Rengas, kundas tidak asing lagi di kalangan penduduk kampung. Bertanyalah pada setiap penduduk kampung, pasti mereka pernah merasai keenakan kuih kundas ini. Bagi mereka, tidak lengkap rasanya datang ke Padang Rengas tanpa menjamu kuih ini. Seakan-akan kuih Kundas ini menjadi ikon makanan di Padang Rengas. Jadi, sekiranya anda berkunjung ke Padang Rengas, Perak pastikan anda dapatkan kuih Kundas ini. Barulah kedatangan anda menjadi lebih bermakna.

Selamat Datang

Assalamualaikum.
Poster Kundas Al Yaqin
 Selamat datang ke blog Al Yaqin Food Enterprise. Blog ini dibina untuk membina jaringan dengan para pelanggan produk makanan kami iaitu Kundas. Mungkin ada di antara pembaca tidak mengenali kuih kundas dan ada juga yang sudah biasa dengan kuih ini. Pihak Al Yaqin Food mengharapkan dengan adanya blog ini memudahkan pelanggan-pelanggan kami untk mendapatkan berita terkini mengenai produk kami dan memberi sebarang komen atau idea yang memberangsangkan. Kami sangat mengalu-alukan pandangan anda untuk penambahbaikan blog ini dan produk kami iaitu Kundas.