SELAMAT DATANG

Kundas Ana makanan tradisi zaman-berzaman orang Perak.

Friday, October 4, 2013

Terima Tempahan Utk Makan Pagi


Alhamdulillah. Baru-baru ini Allah tambah rezeki kami dengan menerima tempahan dari salah satu NGO Islam di Shah Alam. Tak sampai 10 minit hantar ke tempat program, kuih kundas dah licin dimakan. Alhamdulillah. Ini sebahagian gambar yang diambil sebelum dihantar kepada peserta program. 






Sekiranya ada yang berminat untuk menempah kuih kundas di sekitar Shah Alam, boleh hubungi Najihah di talian 019-3603879.

Thursday, September 26, 2013

Kundas dah sampai Shah Alam akhirnya.


Alhamdulillah, akhirnya peluang untuk melebarkan sayap ke negeri Selangor termakbul juga. Kini, Kundas boleh di dapati di Shah Alam, ibu negeri Selangor. Rasanya masih sama seperti kuih kundas Original Padang Rengas. Resepi kuih ini telah dibawa oleh anak pengusaha ke Shah Alam, iaitu Najihah. Inshaa Allah ada rezeki kami dr Kundas Ana akan mentransformkan kuih kundas menjasi sejukbeku (frozen).

Tuesday, August 6, 2013

Muhasabah diri di bulan Ramadhan

Assalamualaikum w.b.t

Hanya tinggal 2 hari saja lagi Ramadhan bakal meninggalkan kita. Check mutabaah amal diri sepanjang Ramadhan ini:


  • berapa juzuk al-Quran sudah kita habiskan
  • sudah bayar zakat ke belum
  • Solat fardu di awal waktu atau akhir waktu
  • Qiamullail buat ke tak
  • Buat solat terawih ke tak
  • Amalan sunat lain dah buat ke belum
  • Sudah bersedekah ke belum
Itu adalah sebahagian mutabaah amal yang saya boleh senaraikan. Ambil masa sebentar untuk muhasabah diri samada kita dah lakukan semua di atas atau belum. Peringatan untuk saya dan pembaca, mari kita sama-sama bermuhasabah agar Ramadhan kali ini menjadikan kita hamba Allah yang bertaqwa.

Saturday, August 3, 2013

Terbaru: Kordial Rumpai Laut

Assalamualaikum,

Untuk makluman semua, kami ada menjual Kordial Rumpai Laut. Sangat bagus untuk mencantikkan kulit, membuang toksin dalam badan dan banyak lagi.


Anda boleh dapatkan Kordial Rumpai Laut dari pengedar kami. Pihak Kundas Ana juga menjual kordial ini di gerai kami sepanjang Ramadhan ini. Dapatkan segera sementara stok masih ada.


Kami juga sedang mencari pengedar diseluruh Malaysia. Inshaa Allah komisen yang diberi sangat lumayan. Produk ini mempunyai potensi yang besar untuk mendapat jualan tertinggi dipasaran. Jika berminat untuk menjadi pengedar, boleh hubungi wakil kami :Najihah (019-3603879). Jika anda tinggal sekitar Padang Rengas, Kuala Kangsar, atau Taiping, boleh datang ke gerai di bulan Ramdhan ini di alamat berikut: Lot.112 Batu 17 Jalan Taiping, 33700 Padang Rengas, Perak. Gerai kami ditepi jalan saja. 




Wednesday, July 10, 2013

ALMOND LONDON & SIMPUL KASIH UNTUK SYRIA

Assalamualaikum,

SYRIA, sebuah negara Islam yang terdiri dari dua kelompok ; iaitu puak Sunni ( Ahli Sunnah wa Jamaah) dan puak Syiah. Kini, umat Islam Sunni disana dibunuh, diseksa, dizalim oleh puak Syiah. Kita sebagai umat Islam perlu mengambil tahu isu-isu umat Islam seantero dunia kerana kita semua adalah bersaudara.

Sempena bulan Ramadhan yang mulia ini, marilah kita sama-sama memberi sumbangan kepada rakyat SYRIA yang sedang kebuluran, anak-anak kecil di sana sedang kelaparan. Mereka juga perlukan ubat-ubatan, makanan dan minuman serta keperluan harian yang lain terutama di bulan puasa. Sebagai umat Islam yang prihatin terhadap isu Syria, sumbangan anda amat diharapkan. Anda boleh menyalurkan sumbangan kepada SYRIA CARE : Maybank (562106630487).

Selain itu, sekiranya anda penggemar biskut Almond London, Cornflakes Coklat atau Simpul Kasih, anda berpeluang membeli biskut-biskut ini sambil menderma/infak kepada rakyat SYRIA kerana setiap pembelian biskut-biskut ini akan disumbangkan kepada SYRIA CARE.





Salam Ramadhan

Assalamualaikum. Dah lama rasanya tak update blog ini. Minta maaf atas kelambatan mengupdate info-info terkini kerana kami sekarang banyak update info semasa di facebook page kami; Kundas Ana. Jadi buat para pembaca dan penggemar kundas, anda boleh mendapatkan info-info terkini tentang Kundas al Yaqin di page kami.

Sempena kehadiran Bulan Ramadhan yang penuh kemuliaan ini, sama-samalah kita perbanyakkan amalan kebaikan. Inilah saat dan bulan untuk mendidik diri menjadi hamba Allah yang beriman serta menjauhi perkara-perkara lagha. Antara amalan yang boleh dilakukan di bulan Ramadhan ini adalah:


  • Perbanyakkan sedekah
  • Membaca al-Quran (berazam mengkhatam al Quran)
  • Menjaga tutur kata
  • Memakai pakaian menutup aurat
  • Perbanyakkan zikir
  • Membayar zakat fitrah
  • Solat tarawih
  • Menunaikan solt fardu secara berjemaah
dan banyak lagi ibadah lain yang boleh dilakukan. Buatlah mengikut kemampuan masing-masing. Semoga Allah menilai segala amalan kita dibulan Ramadhan ini. Lakukan suatu amal itu secara istiqamah kerana Allah begitu menyukai hambanya yg istiqamah melakukan sesuatu amalan walaupun hanya sekadar istighfar sahaja. 

Kami dari Al Yaqin Food Enterprise mengucapkan Selamat Menjalani Ibadah Puasa kepada semua.

Monday, May 6, 2013

Siapa Bakal Warisi Pembuatan Kundas???

Bismillahirrahminrrahim..

Segala puji bagi Allah yang telah memberikan rezeki yang melimpah ruah buat kami, kami bersyukur pada-Mu Ya Allah atas rezeki-Mu ini. Tambahkanlah nikmat-Mu kepada kami supaya kami sentiasa bersyukur pada-Mu dan sentiasa bersedekah kepada orang disekeliling kami.

Sudah acapkali Bos kami (Kak Ana) ditanya soalan cepu emas ini, "Kak Ana, siapa yang akan gantikan tempat kak Ana ni", " Kalau Kak Ana takde, siapa yang nak buat kundas ni. Nanti kami kempunan", "Kak Ana, ada ke pengganti/pewaris yang boleh buat kundas macam kak Ana lepas ni?". Jawapannya: Inshaa Allah ada. 

Kami dipihak Al Yaqin Food sedang merencanakan halatuju Kuih Kundas untuk jangka masa yang panjang. Inshaa Allah, kuih Kundas Al Yaqin akan dipasarkan secara meluas di dalam pasaran tempatan. Cuma, mungkin proses ini mengambil masa sikit. 

Kuih Kundas Al Yaqin akan tetap menjadi makanan No.1 di Padang Rengas dan juga disekitar Perak serta akan diperluaskan ke negeri-negeri bersebelahannya.

Namun, perkara penting sekali adalah BERUSAHA, DOA dan TAWAKKAL kepada Allah.
Doa para pembaca dan peminat setia kuih Kundas amat kami harapkan. Inshaa Allah, kami akan menghasilkan kuih Kundas yang berkualiti dan memenuhi citarasa rakyat Malaysia.