Assalamualaikum,
SYRIA, sebuah negara Islam yang terdiri dari dua kelompok ; iaitu puak Sunni ( Ahli Sunnah wa Jamaah) dan puak Syiah. Kini, umat Islam Sunni disana dibunuh, diseksa, dizalim oleh puak Syiah. Kita sebagai umat Islam perlu mengambil tahu isu-isu umat Islam seantero dunia kerana kita semua adalah bersaudara.
Sempena bulan Ramadhan yang mulia ini, marilah kita sama-sama memberi sumbangan kepada rakyat SYRIA yang sedang kebuluran, anak-anak kecil di sana sedang kelaparan. Mereka juga perlukan ubat-ubatan, makanan dan minuman serta keperluan harian yang lain terutama di bulan puasa. Sebagai umat Islam yang prihatin terhadap isu Syria, sumbangan anda amat diharapkan. Anda boleh menyalurkan sumbangan kepada SYRIA CARE : Maybank (562106630487).
Selain itu, sekiranya anda penggemar biskut Almond London, Cornflakes Coklat atau Simpul Kasih, anda berpeluang membeli biskut-biskut ini sambil menderma/infak kepada rakyat SYRIA kerana setiap pembelian biskut-biskut ini akan disumbangkan kepada SYRIA CARE.
SELAMAT DATANG
Kundas Ana makanan tradisi zaman-berzaman orang Perak.
Wednesday, July 10, 2013
Salam Ramadhan
Assalamualaikum. Dah lama rasanya tak update blog ini. Minta maaf atas kelambatan mengupdate info-info terkini kerana kami sekarang banyak update info semasa di facebook page kami; Kundas Ana. Jadi buat para pembaca dan penggemar kundas, anda boleh mendapatkan info-info terkini tentang Kundas al Yaqin di page kami.
Sempena kehadiran Bulan Ramadhan yang penuh kemuliaan ini, sama-samalah kita perbanyakkan amalan kebaikan. Inilah saat dan bulan untuk mendidik diri menjadi hamba Allah yang beriman serta menjauhi perkara-perkara lagha. Antara amalan yang boleh dilakukan di bulan Ramadhan ini adalah:
Sempena kehadiran Bulan Ramadhan yang penuh kemuliaan ini, sama-samalah kita perbanyakkan amalan kebaikan. Inilah saat dan bulan untuk mendidik diri menjadi hamba Allah yang beriman serta menjauhi perkara-perkara lagha. Antara amalan yang boleh dilakukan di bulan Ramadhan ini adalah:
- Perbanyakkan sedekah
- Membaca al-Quran (berazam mengkhatam al Quran)
- Menjaga tutur kata
- Memakai pakaian menutup aurat
- Perbanyakkan zikir
- Membayar zakat fitrah
- Solat tarawih
- Menunaikan solt fardu secara berjemaah
dan banyak lagi ibadah lain yang boleh dilakukan. Buatlah mengikut kemampuan masing-masing. Semoga Allah menilai segala amalan kita dibulan Ramadhan ini. Lakukan suatu amal itu secara istiqamah kerana Allah begitu menyukai hambanya yg istiqamah melakukan sesuatu amalan walaupun hanya sekadar istighfar sahaja.
Subscribe to:
Posts (Atom)


