Assalamualaikum.
Saya ingin berkongsi tentang kelebihan dan khasiat yang terdapat dalam sebiji kundas yang anda makan. Haa, jangan tak tahu, kundas pun ada khasiatnya juga. Kundas yang diperbuat daripada tepung gandum penuh, telur, dan minyak sawit mengandungi vitamin dan garam mineral yang diperlukan badan kita. Antara khasiat Kundas adalah:
- Karbohidrat- Tepung gandum mempunyai karbohidrat yang tinggi yang mampu memberikan tenaga secukupnya untuk anda bekerja sepanjang hari. Kita disyorkan untuk mengambil 50 hingga 60 peratus daripada jumlah pengambilan tenaga dalam bentuk karbohidrat kompleks supaya kita boleh menyimpan tenaga yang mencukupi dalam tubuh untuk aktiviti harian kita. Otak juga memerlukan karbohidrat untuk berfungsi. . Jadi anda akan lebih bertenaga selepas makan sebiji kuih kundas!
- Minyak sawit - Mempunyai Vitamin E dan menghasilkan tenaga untuk badan anda
- Protein - Telur mengandungi protein dan garam galian yang cukup tinggi seperti Vitamin A, Asid Folik, Vitamin B12, Kolina, Vitamin D.
- Vitamin A - menghasilkan rambut yang sihat dan penglihatan yang baik serta mengelakkan degenerasi mata.
- Vitamin B12 - Mempertingkatkan pembentukan sel-sel baru dalam badan. membantu fungsi otak dan menghalang penyakit Alzheimer.
- Asid Folik - Baik untuk perkembangan bayi di dalam kandungan.
- Vitamin D - Penting untuk tulang
- Kolina - Membantu perkembangan awal kanak-kanak.
No comments:
Post a Comment