SELAMAT DATANG

Kundas Ana makanan tradisi zaman-berzaman orang Perak.

Wednesday, July 10, 2013

Salam Ramadhan

Assalamualaikum. Dah lama rasanya tak update blog ini. Minta maaf atas kelambatan mengupdate info-info terkini kerana kami sekarang banyak update info semasa di facebook page kami; Kundas Ana. Jadi buat para pembaca dan penggemar kundas, anda boleh mendapatkan info-info terkini tentang Kundas al Yaqin di page kami.

Sempena kehadiran Bulan Ramadhan yang penuh kemuliaan ini, sama-samalah kita perbanyakkan amalan kebaikan. Inilah saat dan bulan untuk mendidik diri menjadi hamba Allah yang beriman serta menjauhi perkara-perkara lagha. Antara amalan yang boleh dilakukan di bulan Ramadhan ini adalah:


  • Perbanyakkan sedekah
  • Membaca al-Quran (berazam mengkhatam al Quran)
  • Menjaga tutur kata
  • Memakai pakaian menutup aurat
  • Perbanyakkan zikir
  • Membayar zakat fitrah
  • Solat tarawih
  • Menunaikan solt fardu secara berjemaah
dan banyak lagi ibadah lain yang boleh dilakukan. Buatlah mengikut kemampuan masing-masing. Semoga Allah menilai segala amalan kita dibulan Ramadhan ini. Lakukan suatu amal itu secara istiqamah kerana Allah begitu menyukai hambanya yg istiqamah melakukan sesuatu amalan walaupun hanya sekadar istighfar sahaja. 

Kami dari Al Yaqin Food Enterprise mengucapkan Selamat Menjalani Ibadah Puasa kepada semua.

No comments:

Post a Comment